Jangan terus berpolitik, tumpu penyatuan, perpaduan

Jangan terus berpolitik, tumpu penyatuan, perpaduan

KUALA LUMPUR,. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyeru semua pihak tidak terus berpolitik sebaliknya menumpukan kepada budaya penyatuan dan perpaduan.

Menerusi laman twitternya, Annuar turut menasihati supaya pihak berkenaan menumpukan kepada matlamat perjuangan dan bukannya berkaitan soal individu .

“Sesetengah orang tak habis habis berpolitik dan mengutuk sesama sendiri dan jarang menyerang musuh.

“Alangkah baiknya jika budaya penyatuan dan perpaduan diutamakan. Tumpu pada Matlamat perjuangan, bukan soal individu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Annuar turut menyeru semua masyarakat mempamerkan semangat cintakan negara dengan mengibarkan bendera di kediaman serta premis masing-masing.

“Hari Merdeka dan Hari Malaysia tak lama lagi, saya ingin mengajak semua warga Wilayah Persekutuan bersatu hati dan bersama pamerkan semangat cintakan negara dengan mengibarkan bendera di semua rumah, kedai, pejabat, kenderaan dan bangunan bangunan.

“PBT pula menaikkan bendera di tempat tempat awam. Boleh?” katanya.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )