“Jangan Curi PPE Hospital”, Nasihat Dr. Noor Hisham

PUTRAJAYA,. Orang awam diminta tidak mencuri peralatan perlindungan diri (PPE) yang dibekalkan untuk petugas barisan hadapan di hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peralatan seperti penutup hidung dan mulut, sarung tangan dan cecair basmi kuman yang disediakan adalah untuk kegunaan kakitangan kesihatan.

“Mereka memerlukan kemudahan itu kerana berdepan risiko jangkitan Covid-19. Kalau ada yang mengambilnya untuk kegunaan sendiri, saya rasa dia kena fikir bukan dia seorang yang kena pakai.

“Fikirkan orang ramai juga. Jangan ambil sanitizer KKM, sarung tangan atau penutup hidung dan mulut kerana ia penting untuk barisan hadapan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beberapa hari ini tular berkenaan beberapa individu cuba mengiklankan penjualan peralatan PPE dalam talian dan dipercayai alat berkenaan diambil dari hospital.

Selain itu, terdapat juga individu yang mengaku memperoleh PPE dengan mudah melalui abangnya yang bekerja sebagai kakitangan hospital. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )