Jalan kaki rentas negeri: Warga Belarus dikompaun sebelum ditahan kerana maki polis

Jalan kaki rentas negeri: Warga Belarus dikompaun sebelum ditahan kerana maki polis

PORT DICKSON,. Seorang lelaki warga Belarus pada Ahad dikompaun selepas didapati cuba merentas negeri dengan berjalan kaki dari Sepang, Selangor menuju ke Port Dickson sebelum ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis yang bertugas dalam satu sekatan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata dalam insiden pada 2.08 petang, lelaki berusia 29 tahun itu didapati cuba merentas negeri tanpa kebenaran dan alasan munasabah.

“Pegawai yang bertugas di sekatan jalan raya telah mengeluarkan kompaun ke atas lelaki berkenaan dan dia (warga Belarus) bagaimanapun secara tiba-tiba memarahi petugas itu dengan mengeluarkan kata-kata kesat serta menghina selain bertindak agresif.

“Berikutan itu lelaki tersebut telah ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk tindakan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )