Jabatan Imigresen serbu Pasar Borong Kuala Lumpur

Jabatan Imigresen serbu Pasar Borong Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR,. Jabatan Imigresen hari ini membuat serbuan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Pasar Borong Selayang.

Serbuan dilakukan bermula 9.00 pagi dengan turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun, pengamal media yang berada di lokasi kejadian sejak pagi tadi tidak dibenarkan merakam sebarang gambar mahupun video di kawasan itu.

Tinjauan Bernama sekitar pukul 11.30 pagi mendapati, beberapa trak milik PDRM dan Jabatan Imigresen dipercayai membawa pendatang tanpa izin, dilihat keluar dari kawasan itu dan difahamkan membawa semua tahanan itu ke depoh tahanan sementara.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim pula memaklumkan pihak polis berada di lokasi itu bagi membantu Jabatan Imigresen melaksanakan operasi berkenaan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )