Isu pengangguran kalangan belia kritikal – M Saravanan

Isu pengangguran kalangan belia kritikal – M Saravanan

PUTRAJAYA,. Kementerian Sumber Manusia komited dalam mengatasi isu pengangguran khususnya membabitkan golongan belia di negara ini yang dilihat agak kritikal.

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, isu tersebut antara cabaran besar yang perlu diatasi di bawah kementeriannya.
“Nasib golongan belia agak mencabar khususnya yang tidak mempunyai kerja dan belia yang tidak mempunyai kelayakan secukupnya untuk bekerja yang kita lihat agak kritikal dan beban yang akan dipikul ini amat tinggi,” katanya ketika ditemui selepas selepas menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Melawati, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan terhadap Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran kerana telah mencalonkan namanya sebagai menteri di peringkat Jemaah Menteri.

Selain itu beliau turut bertekad untuk membela nasib masyarakat India memandangkan hanya beliau merupakan wakil tunggal buat masyarakat itu yang akan menitik beratkan isu pendidikan, ekonomi, masalah sosial dan sebagainya.

Saravanan merupakan satu-satunya Ahli Parlimen MIC yang menyertai barisan kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )