Isu bil elektrik: TNB diarah kemuka cadangan baru Selasa

Isu bil elektrik: TNB diarah kemuka cadangan baru Selasa

PUTRA JAYA,. MENTERI Tenaga dan Sumbar Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah telah mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengemukakan cadangan baru mengenai isu kenaikan bil elektrik.

Anuar dalam satu kenyataan petang Isnin berkata, TNB telah mengemukakan cadangan berkaitan isu bil elektrik kepada kementeriannya dalam mesyuarat pagi tadi.

“Saya bersama KSU Kementerian, TKSU ( Tenaga ) dan pegawai kanan Kementerian, Suruhanjaya Tenaga ( ST ) meneliti dan membuat penilaian mengenainya.

“Mesyuarat membuat keputusan meminta TNB mengemukakan semula cadangan termasuk pandangan KeTSA mengenai isu ini dengan mengambil kira semua aspek dalam meeting sekali lagi esok.
“Ketika ini saya difahamkan TNB sedang perhalusi hasil perbincangan dan mesyuarat bersama pada pagi tadi,”katanya.

Orang ramai sebelum ini mengadu kenaikan tinggi bil elektrik mereka mengikut kaedah kiraan TNB untuk bil sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

TNB menawarkan bayaran ansuran bagaimanapun ia tidak menarik minat orang ramai.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dalam satu tweetnya mahukan TNB mengubah formula kirasan bil elektrik.

“Kiranya cara kiraan itu salah, segeralah betulkan. Jangan tambah beban rakyat. Apabila meter lama tidak dibaca, kemungkinan tunggakan bil menjadi tinggi akibat formula semakin banyak guna semakin mahal kadar dikenakan. Ubahlah. Jangan salahkan rakyat,” tweet Annuar pada Ahad.

Shamsul dalam pada itu memberi jaminan beliau amat menghormati dan hargai pandangan rakyat.

“Pandangan atau kritikan yang diberi oleh pelbagai pihak, saya melihatnya sebagai usaha membantu kementerian saya memberikan yang terbaik untuk rakyat.

“Dalam apa keadaanpun keutamaan kerajaan dan saya adalah rakyat. Rakyat mesti diberikan pembelaan,”ujarnya.

Bil anggaran TNB dikira secara prorata bagi bulan Mac, April dan Mei berdasarkan penggunaan elektrik pada bulan sebelumnya.

Namun, mulai 15 Mei 2020 lalu, operasi membaca meter telah disambung semula dan bil sebenar dikeluarkan berdasarkan penggunaan sebenar elektrik bagi bulan-bulan sebelumnya.

Jumlah bil sebenar mungkin lebih tinggi daripada bil anggaran memandangkan pengguna berkenaan berada di rumah sepanjang tempoh PKP sejak 18 Mac lalu.

Walaupun bayaran bagi bil anggaran telah dilakukan oleh pengguna, pelarasan semula akan dilakukan bagi jumlah bil anggaran dan bil sebenar pada bulan berikutnya.

Berikutan itu, ramai merungut di media sosial mengenai bil elektrik yang tinggi. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )