Insentif pengeluaran getah bagi Nov 2021 tidak diaktifkan

Insentif pengeluaran getah bagi Nov 2021 tidak diaktifkan

KUALA LUMPUR,. Lembaga Getah Malaysia (LGM) hari ini memaklumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil tidak teraktif bagi November 2021 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

LGM dalam kenyataannya menjelaskan, mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 Percuma Atas Kapal (FOB) berada pada paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang berada pada paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

“Harga purata peringkat ladang bagi getah sekerap pada November 2021 untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak, masing-masing pada RM2.95, RM2.60, RM2.65 sekilogram,” katanya.

Sehubungan itu, LGM berkata tiada pembayaran dilakukan untuk tempoh bulan tersebut.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )