Industri pertahanan amat penting kepada kedua-dua negara – PM
JAKARTA,. Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakop ke PT Pindad, pengeluar produk militari di Bandung disambut mesra oleh Menteri Pertahanan RI, Pak Prabowo Subianto. Turut bersama hadir, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia dan Dato’ Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri.
Keakraban selama 64 tahun dalam sektor pertahanan kedua-dua negara ini membawa pelbagai manfaat yang kita laksanakan sebelum ini melalui General Border Committee (GBC), Trilateral Cooperative Arrangement (TCA), ASEAN Defence Minister Meeting (ADMM) dan pelbagai lagi bentuk kerjasama antara malaysia dan indonesia katanya lagi.
Industri pertahanan amat penting kepada kedua-dua negara. Saya menyambut baik komitmen Indonesia sekiranya mahu menjalinkan kerjasama dalam industri pertahanan. Saya meminta Menteri Pertahanan untuk melihat keperluan yang boleh dilakukan antara Kementerian Pertahanan dan Pindad.
Malaysia dalam fasa akhir penggubalan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) mengalu-alukan kerjasama dengan Komite Kebijakan Industri Pertahanan (KKIP) Indonesia.
–RAHMAN
sumber: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakop/FB