Imigresen mulakan siasatan berhubung kejadian di KLIA

Imigresen mulakan siasatan berhubung kejadian di KLIA

PUTRAJAYA,. Jabatan Imigresen (JIM) telah mengambil tindakan serta merta dengan memulakan siasatan mengenai satu maklumat yang tular di media sosial, melibatkan orang kenamaan yang dikatakan menceroboh balai ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi ‘membebaskan’ pelawat dari China yang ditahan.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh, dalam kenyataan semalam berkata siasatan akan dijalankan secara menyeluruh merangkumi semua aspek yang berkaitan.

“JIM memohon supaya orang ramai memberikan ruang agar siasatan dapat dijalankan dengan telus, dan tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Satu portal berita semalam melaporkan kekecohan di KLIA melibatkan orang kenamaan dikatakan cuba ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di KLIA.

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila orang kenamaan berkenaan dikatakan masuk ke ruang balai ketibaan itu tanpa memohon pas keselamatan.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )