Hilang Keyakinan, 170 Ahli Warisan Keluar Parti… Sertai UMNO

KIMANIS, 7 Jan – Lebih daripada 170 orang ahli parti Warisan mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mawao hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, ini adalah sesuatu yang mengejutkan kerana UMNO kini adalah parti pembangkang.

“Mereka sebenarnya sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan Warisan. PH dan Warisan janji macam-macam tapi apapun tidak ada.

“Bila mereka masuk UMNO saya tidak ada apa-apa mahu tawarkan selain menjanjikan kepimpinan yang baik,” ujar beliau kepada media selepas menerima borang keahlian UMNO di PDM Mawao.

Bagi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK) Mandangin Mohd Fadzly Abdul, memaklumkan bahawa keputusan keluar dari parti Warisan diambil kerana kecewa dengan kepimpinan parti itu.

“UMNO sebenarnya tidak kalah di sini… Warisan yang kalah. Saya keluar parti tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun, ia atas kerelaan sendiri. Sekarang saya akan berjuang untuk UMNO.

“Saya kecewa dengan dengan pentadbiran kerajaan negeri yang selalu bagi alasan kami sedang belajar. Sampai bila mahu belajar? Sudah dua tahun takkan masih mahu belajar?” ujarnya.

MPKK Lambunau, Norliza Hashim pula berkata, dirinya meletakkan jawatan tanpa ada sebarang paksaan dan ia adalah atas rasa kecewa dengan pengurusan serta pentadbiran pihak atasan Warisan.

“Mereka suruh kita buat kerja, kita buat kerja tapi bila saya mohon untuk orang kampung, kosong… tidak ada.

“Mereka hanya pandai menabur janji,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )