Harga RON95, RON97 naik lima sen, diesel naik tiga sen

Harga RON95, RON97 naik lima sen, diesel naik tiga sen

KUALA LUMPUR,. Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik lima sen seliter manakala harga diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 22 Jan.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) harga runcit baharu petrol RON95 adalah RM1.89 seliter manakala harga baharu bagi petrol RON97 adalah RM2.19 seliter.

“Harga runcit diesel naik daripada RM2.02 seliter kepada RM2.05 seliter,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF harga baharu itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )