Harga minyak AS menjunam ke paras negatif

Harga minyak AS menjunam ke paras negatif

KUALA LUMPUR,. Harga minyak Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menjunam teruk hingga ke paras negatif buat kali pertama dalam sejarah pada Isnin.

Keadaan itu berlaku setelah pengeluar minyak di Amerika Utara kehabisan tempat penyimpanan sekali gus menyebabkan lambakan yang tidak dijangka susulan wabak Covid-19.

Harga minyak mentah AS merudum hingga 114 peratus dari AS$18 kepada negatif AS$38 setong dalam tempoh beberapa jam, memaksa pengeluar minyak membayar kepada pembeli agar mengambil lebihan minyak mentah berikutan kekhuatiran tidak dapat menampung kemudahan simpanan bahan bakar itu.

“Masalah ketidakseimbangan bekalan dan permintaan global telah mula benar-benar terjadi melihat kepada harganya,” kata ketua firma penyelik minyak Rystad Energy Bjornar Tonhaugen.


Memetik laporan The Guardian sebelum ini menyatakan sebanyak 160 juta tong minyak mentah telah disimpan dalam kapal-kapal tangki besar di pelabuhan-pelabuhan terbesar di dunia termasuk di negara Teluk susulan penurunan permintaan bahan bakar itu dalam tempoh 25 tahun akibat Covid-19.

Kali terakhir penyimpanan minyak mencapai kapasitinya hampir menyamai sekarang adalah ketika masalah krisis kewangan pada tahun 2009 apabila pedagang menyimpan lebih 100 juta tong sebelum mengeluarkannya setelah ekonomi mula pulih.

Harga minyak di AS runtuh lebih cepat kerana ini merupakan hari terakhir bagi pengeluar minyak boleh meniagakan bahan bakar itu yang dijadualkan dihantar bulan depan apabila tempat penyimpanan minyak dijangka mencapai tahap kapasitinya.

Bagi penghantaran bulan Jun pula dengan menetapkan nilai harganya bermula hari ini juga merudum ekoran masalah Covid-19 tetapi berjaya mengekalkan harganya di atas paras AS$20 setong.

Keadaan ekonomi yang memberikan kesan langsung kepada harga minyak telah bertambah berat ekoran perbezaan pandangan antara Presiden Donalds Trump dan gabenor-gabenor tentang sama ada negara itu perlu mula menamatkan kawalan pergerakan atau sebaliknya.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )