‘Hanya seminit memisahkan kita’ – Rakan arwah Safwan cerita detik terakhir

‘Hanya seminit memisahkan kita’ – Rakan arwah Safwan cerita detik terakhir

KAJANG,. Seorang rakan setugas Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail menceritakan hanya kira-kira seminit sahaja yang memisah antara mereka berdua sebelum tragedi rempuhan maut di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) awal pagi Ahad lalu.

Anggota polis, Muhammad Lutfe menceritakan, antara kata-kata terakhir arwah Safwan sebelum itu, dia menyebut bahawa itu malam terakhir mereka mengawal sekatan jalan raya (SJR) di situ.

“Malam ni last la kita di sjr ni… Lepas ni dah pindah ke tempat lain dah” kata terakhir yang terkeluar dibibir mulut rakan seperjuanganku,” kata Muhammad Lutfe mengimbas kembali perbualannya dengan arwah.

Hanya seminit memisahkan kita..!, kata Muhammad Lutfe seperti dipetik dari Facebooknya.

Pada pukul 2 pagi, dia memberitahu Safwan;”Wan aku nak pi khemah minum ayaq sat (minum air sekejab).”

Safwan menjawab OK, sambil tersenyum

Itulah renungan dan kata-kata akhir arwah kepada Muhammad Lutfe.

Selepas itulah sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki dipercayai mabuk merempuh sekatan jalan hingga terbalik dan menghempap mangsa.

“Jam 0205hrs @ 03/05/2020
kau pergi selamanya sahabat,” tulis Muhammad Lutfe lagi.

Jenazah Safwan selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak sebaik waktu subuh semalam.

Di hujung catatan, rakan arwah itu merakamkan ucapan terima kasih atas jasa baktinya kepada negara dan masyarakat.

“Pergimu di bulan yang mulia bulan Ramadhan memberi satu kelebihan padamu kawan..Insya-Allah pergimu syahid di jalan Allah SWT berbakti pada negara. Harta benda boleh dicari tetapi nyawa tiada ganti.

“Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin…,” katanya. – WILAYAHKU

Sumber: Muhammad Lutfe

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )