Guna teknologi geospatial urus krisis COVID-19, JUPEM raih Anugerah GeoInnovation

Guna teknologi geospatial urus krisis COVID-19, JUPEM raih Anugerah GeoInnovation

KUALA LUMPUR,. Penggunaan teknologi geospatial dalam membantu negara menguruskan pandemik COVID-19, membolehkan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) meraih Anugerah GeoInnovation dari penyedia solusi geospatial terkemuka Esri Malaysia.

Ketua Pengarah JUPEM Datuk Dr Azhari Mohamed berkata teknologi itu memperkasakan jabatan berkenaan dalam membantu Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menguruskan krisis dan hal kecemasan negara seperti banjir, tanah runtuh dan kejadian pencemaran.

Jelas beliau, menerusi projek Pengurusan Maklumat Geospatial Pertahanan (DGIM) ia membantu menyediakan platform ‘Joint Common Operating Picture’ (JCOP) dalam usaha untuk memudahkan pasukan pengurusan krisis COVID-19

“Platform berkenaan antara lain memaparkan bilangan kes wabak harian dan kumulatif di negara ini, pengezonan daerah berdasarkan kod warna serta mengenal pasti kawasan tercemar yang memerlukan proses sanitasi.

“Menerusi kapasitinya untuk mengumpul dan menggambarkan pelbagai set data daripada pelbagai agensi dalam satu platform pemetaan situasi masa nyata bagi membantu untuk mengatur usaha tindak balas COVID-19 di lapangan,” katanya dalam kenyataan, semalam
.
Azhari berkata DGIM dijana oleh platform ArcGIS iaitu teknologi yang organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam memantau, mencegah dan mengawal penularan wabak itu.

Esri Malaysia merupakan pihak berkuasa utama negara dalam teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan lebih khusus sebagai platform ArcGIS terkemuka di dunia.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )