Guardiola tidak sesali pemergian Sancho

Guardiola tidak sesali pemergian Sancho

LONDON: Pep Guardiola menegaskan beliau tidak mempunyai kekesalan dengan keputusan Jadon Sancho meninggalkan Manchester City untuk Borussia Dortmund. Sancho menamatkan pelajaran daripada akademi pemuda City sebagai salah seorang pemain muda paling cemerlang di Eropah.

Namun beliau memilih untuk meninggalkan kelab Liga Perdana itu buat Dortmund pada 2017 kerana bimbang dengan bakat terkemuka dalam City akan mengurangkan masa padang beliau.

Pemain 20 tahun itu telah menjadi tulang belakang Dortmund, dan juga menyertai skuad England.

Kini Sancho bakal bertemu kembali dengan Guardiola setelah pendahulu Liga Perdana itu akan bersemuka dengan kelab Bundesliga pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara pada Jumaat akan datang.

Ditanya jika beliau kecewa apabila Sanchos menolak perjanjian semasa beliau berumur 17 tahun, jurulatih City menyatakan beliau gembira melihat anak muda itu berkembang maju dari Stadium Etihad. “Saya telah banyak kali berkata, ia bukan satu penyesalan. Beliau yang menentukan. Beliau bermain dengan sangat baik. Tahniah, beliau seorang pemain cemerlang,” ulas Guardiola.

“Saya mendoakan yang terbaik buatnya, kecuali apabila menentang kami. Tiada kekesalan langsung. Kalau beliau gembira, saya gembira.”

— AFP

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)