Giorgio Rossi Tinggalkan Jawatan CEO MFL Selepas Lima Bulan?

Giorgio Rossi Tinggalkan Jawatan CEO MFL Selepas Lima Bulan?

KUALA LUMPUR, 19 Februari 2025 – Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kini menjadi perbualan hangat selepas laporan mendakwa Giorgio Pompili Rossi telah meninggalkan posisi tersebut, hanya lima bulan selepas dilantik.

Spekulasi ini tercetus selepas wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, berkongsi perkembangan terbaru itu melalui ciapannya di X, mengundang tanda tanya mengenai kepimpinan MFL.

Rossi, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Delegasi LaLiga Malaysia, diumumkan sebagai CEO MFL pada 4 September 2024, selepas kontrak Datuk Stuart Ramalingam tamat pada 31 Ogos 2024.

Pelantikannya ketika itu mendapat persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL, menjadikannya individu pertama dari luar negara yang diberi mandat untuk menerajui badan pentadbir liga bola sepak profesional Malaysia.

Difahamkan, bagi memastikan kelangsungan operasi liga, Ketua Pegawai Operasi (COO) MFL, Shazli Shaik Mohd, kini mengambil alih jawatan CEO secara sementara sehingga pengganti rasmi diumumkan.

mediabatu.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )