Festival Filem BEFF lancar tayangan dalam talian 14 Julai ini

Festival Filem BEFF lancar tayangan dalam talian 14 Julai ini

KOTA KINABALU,. Festival Filem Eko Borneo (BEFF) akan melancarkan program BEFF365 dengan tayangan pertama filem dokumentari berjudul ‘Sharkwater:Extinction’ dalam talian pada jam 9 malam, 14 Julai ini.

Dalam kenyataan media di sini hari ini, tayangan tersebut bersempena Hari Kesedaran Ikan Yu dapat ditonton menerusi laman web BEFF di www.beff.org,my

Filem pemenang anugerah tersebut adalah kisah penuh aksi yang mendebarkan arahan Rob Stewart yang mendedahkan industri sirip yu secara haram serta rasuah politik di sebaliknya sehingga membawa kepada spesis itu semakin pupus.

“Tahun ini BEFF menampilkan filem pemegang anugerah tempatan dan antarabangsa yang menonjolkan isu-isu alam sekitar dan sosial serta pentingnya kepelbagaian biodiversiti,” menurut kenyataan tersebut.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 filem dijadualkan sepanjang tahun ini untuk dinikmati penonton secara percuma.

Penonton juga boleh berinteraksi dengan ahli panel terpilih dari pelbagai bidang dan juga pembuat filem rencana dari seluruh dunia.

BEFF365 dianjurkan oleh badan sukarela, Melapi (Society for Holistic Outreach, Research and Environmental Action). BEFF antara lain disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Movies That Matter (MtM) dan Yayasan Shared Earth.

BEFF juga adalah anggota Green Film Network (GFN) – sebuah rangkaian festival filem alam sekitar di seluruh dunia.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )