Ferguson sukar pilih Ronaldo, Rooney kapten
LONDON,. Gary Neville mendedahkan Alex Ferguson enggan meletakkan Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney sebagai kapten Manchester United kerana bimbang merosakkan moral pasukan itu.
Neville bertindak sebagai kapten kelab itu selama lima tahun, tetapi mengakui dia merasa tidak layak untuk menggalas tanggungjawab kerana Ferguson bukan saja berjaya membentuk skuad berkualiti, tetapi juga mengembangkan ramai pemain yang memiliki nilai sebagai ketua.
“Saya cedera selepas setahun bertindak sebagai kapten dan ia menjadi keadaan yang sangat sukar bagi saya.
“Kami memiliki skuad yang menakjubkan: Ronaldo, Rooney, (Carlos) Tevez, (Ryan) Giggs, (Paul) Scholes, (Michael) Carrick, (Rio) Ferdinand, (Nemanja) Vidic, (Patrice) Evra, (Edwin) van der Sar… mereka berada dalam kumpulan pemain yang memiliki personalitu yang hebat.
“Saya berkata kepada Alex ketika dia berjalan ke padang bahawa saya rasa tidak layak untuk menjadi kapten lagi. Pasukan ini satu tahap yang saya tidak boleh tandingi.
“Dia (Ferguson) berkata, ‘kamu dan Giggs akan bergilir. Sekiranya saya memberikannya kepada Ronaldo, Rooney akan terasa. Jika saya bagi kepada Rooney, Ronaldo pula akan keluar. Sekiranya saya memberikannya kepada Vidic, Ferdinand tidak akan gembira’.” – AGENSI