FAM belum terima surat pengesahan naturalisasi Mat Don

FAM belum terima surat pengesahan naturalisasi Mat Don

KUALA LUMPUR,. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam mengesahkan masih menanti surat rasmi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai kebenaran menggunakan khidmat pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi (Mat Don) dalam skuad Harimau Malaya.

Stuart bagaimanapun menjelaskan meskipun pihaknya telah menerima lampu hijau daripada FIFA mengenai perkara berkenaan, namun ia hanyalah secara lisan dan segala urusan melibatkan dokumentasi pendaftaran pemain berjalan dengan lancar.

“Sepatutnya Liridon sudah boleh beraksi dengan skuad negara ketika menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 26 Mac lalu, namun perlawanan tersebut telah ditunda.

“Jadi apa yang boleh saya katakan ketika ini ialah pengesahan itu sudah ada secara lisannya, cuma kita masih menunggu surat rasmi daripada FIFA,” ujarnya.

FAM juga menjelaskan telah berhubung dengan pihak jabatan yang terlibat menguruskan proses di FIFA dan dimaklumkan tiada masalah yang timbul mengenai status Liridon.

“Setakat ini tiada lagi pemain import lain yang berada dalam senarai FAM untuk didaftarkan sebagai pemain naturalisasi kerana tidak ramai pemain yang memenuhi kriteria FIFA iaitu menetap di sesebuah negara selama lima tahun berturut-turut,” ujarnya.

Pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ini merupakan pemain naturalisasi kedua yang didaftarkan selepas pemain Pahang, Mohamadou Sumareh yang turut menyarung jersi Harimau Malaya. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )