Fahmi ucap Selamat Hari Krismas kepada semua penganut Kristian di Malaysia

Fahmi ucap Selamat Hari Krismas kepada semua penganut Kristian di Malaysia

KUALA LUMPUR,. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas buat semua penganut Kristian di seluruh negara.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mengucapkan selamat tahun baharu kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Selamat menyambut Hari Krismas buat semua rakan penganut Kristian di Malaysia dan selamat menyambut tahun baharu buat seluruh rakyat Malaysia.

“Merry Christmas and Happy New Year (Selamat Hari Krismas dan selamat tahun baharu),” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Penganut Kristian akan menyambut Krismas esok dan seperti kelaziman di negara ini, perayaan itu akan dimeriahkan dengan rumah terbuka yang dihadiri pelbagai kaum.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )