Entiti bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera perlu pastikan amanah dilaksana dengan cekap

Entiti bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera perlu pastikan amanah dilaksana dengan cekap

KUALA LUMPUR,. Entiti di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) perlu memastikan mandat yang diamanahkan kerajaan dilaksanakan dengan cekap dan mengikut tatakelola yang terbaik.

Perkara itu ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YPB pagi tadi.

Selain itu, Anwar berkata fokus dan koordinasi antara agensi berkaitan pembangunan bumiputera juga perlu diperkukuh.

“Di bawah Belanjawan 2024, saya telah umumkan bahawa institusi pelaburan Bumiputera akan dipusatkan di bawah YPB. Antara lain, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) akan diletakkan di bawah naungan YPB.

“Sehubungan itu, bagi memastikan peralihan ini dapat dilaksanakan dengan segera, saya turut mempengerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) dan YPB,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YPB itu turut dihadiri ahli lain iaitu Pengerusi Kumpulan PNB Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dan Tan Sri Ambrin Buang.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )