Dua beranak parah, kereta dirempuh di Sungai Buloh

Dua beranak parah, kereta dirempuh di Sungai Buloh

SUNGAI BULOH,. Dua beranak parah manakala dua lagi terselamat apabila kenderaan yang dinaiki dirempuh dari belakang di Kilometer 452 Lebuhraya Utara Selatan arah utara kira-kira jam 11 malam tadi.

Kejadian yang berlaku di lokasi antara Sungai Buloh dan Rawang itu melibatkan empat beranak tersebut yang dalam perjalanan pulang ke utara semenanjung.

Sebaik dirempuh, kenderaan yang dinaiki mereka berpusing dan terbalik.

Mangsa yang merupakan seorang bapa dan seorang anak berusia tujuh tahun parah di kepala dan dada, manakala dua lagi anggota keluarga itu dalam keadaan trauma.

Polis dalam proses mendapatkan saksi kejadian bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Pemandu kereta yang didakwa merempuh diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )