Dua bekas atlet negara positif COVID-19 sembuh – Yakeb

Dua bekas atlet negara positif COVID-19 sembuh – Yakeb

KUALA LUMPUR,. Dua bekas atlet kebangsaan yang sebelum ini didapati positif COVID-19 sudah pulih daripada jangkitan virus tersebut dan telah dibenarkan keluar dari hospital.

Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed mengesahkan perkara itu.

Dua bekas atlet berkenaan ialah Ani Nios daripada sukan olahraga yang kini menetap di Sarawak dan legenda sepak takraw negara Tajuddin Adan yang tinggal di Selangor.

Mengulas lanjut, Noorul Ariffin berkata 42 peratus atau kira-kira 1,200 ahli Yakeb adalah warga emas dan merupakan golongan berisiko dijangkiti COVID-19.

“Ramai daripada mereka ini ada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di pejabat yayasan itu hari ini.

Beliau juga berkata terdapat bekas atlet yang turut hilang punca pendapatan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan menyalurkan bantuan RM100,000 kepada Yakeb untuk diagihkan kepada lebih 200 ahli yang terjejas.

Yakeb kini mempunyai lebih 2,800 ahli.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )