Dr Roziah pengerusi baharu Kolej Poly-Tech MARA

Dr Roziah pengerusi baharu Kolej Poly-Tech MARA

KUALA LUMPUR,. Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini mengumumkan empat pengerusi baharu di bawah agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkuat kuasa 15 Mei 2020.

Dalam kenyataannya hari ini, KPLB menamakan Datuk Dr Roziah Omar sebagai Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd, Mazlan Othman bagi MARA Liner Sdn Bhd, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya bagi Asia AeroTechnic Sdn Bhd dan Shaik Rizal Sulaiman sebagai Pengerusi Harta Prima Realties Sdn Bhd.

Sementara itu, Rosely Kusip pula dilantik sebagai Pengerusi RISDA Estates, anak syarikat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang berperanan dalam pengurusan ladang dan kilang di bawah urus tadbir RISDA.

– BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )