Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan KL Park Festival 2023

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan KL Park Festival 2023

 

KUALA LUMPUR,.Sempena dengan Program KL Park Festival 2023 yang akan berlangsung pada 4-12 Mac 2023, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan beberapa buah pertandingan iaitu Pertandingan Hiasan Terrarium, Pertandingan Fotografi dan Pertandingan Video Pendek.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan
Jom warga kota, kita sama-sama memeriahkan lagi Program KL Park Park Festival dengan menyertai pertandingan tersebut dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik berbentuk wang tunai.

Warga kota yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut boleh mengisi borang penyertaan dan menghantar borang tersebut pada alamat emel yang tertera pada poster pertandingan tersebut.


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor telefon yang tertera pada poster pertandingan.

Jumpa nanti di KL Park Festival 2023.

#KLBandarUntukSemua
#KL50

–Sumber Facebook,DBKL

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )