Denda hingga RM500,000 jika jual pelitup muka mahal

Denda hingga RM500,000 jika jual pelitup muka mahal

SHAH ALAM,. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor memberi amaran kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga pelitup muka ketika negara dilanda wabak Covid-19.

Pengarahnya Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata peniaga yang gagal mematuhi arahan boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Individu yang menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau kompaun sehingga RM50,000 manakala bagi syarikat denda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat pemeriksaan penetapan harga pelitup muka di pasar raya Giant Seksyen 13 di sini semalam.

Muhamad Zikril turut meningatkan peniaga meletakkan tanda harga bagi barangan terkawal atau didenda sehingga RM50,000 atau kompaun sehingga RM250,000.

“Bagi syarikat pula boleh didenda sehingga RM100,000 atau kompaun sehingga RM50,000,” katanya lagi.

Sementara itu, katanya, sebanyak 2,117 premis diperiksa dan 494 aduan diterima berkaitan penetapan harga pelitup bermula Januari hingga 17 Ogos lalu.

Beliau berkata berdasarkan aduan, tujuh kes dihasilkan dengan nilai rampasan RM2,238.60 dan kompaun RM30,000 dikenakan kepada peniaga yang gagal mematuhi arahan.

Berkuat kuasa 15 Ogos lalu, kerajaan menetapkan harga pelitup muka jenis tiga lapis dijual RM1 seunit berbanding RM1.50 sebelum ini.

KPDNHEPPELITUP MUKA
0

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )