DBKL tutup pasar berbangunan bagi kerja pembersihan, disinfeksi wabak Covid-19

DBKL tutup pasar berbangunan bagi kerja pembersihan, disinfeksi wabak Covid-19

KUALA LUMPUR,. PASAR Borong Kuala Lumpur (PBKL) dan pasar berbangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditutup bermula semalam dan hari ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi wabak Covid-19.

DBKL dalam satu kenyataan hari ini menyatakan sehubungan itu, operasi PBKL akan ditutup pada setiap hari Ahad manakala pasar-pasar berbangunan DBKL pada setiap hari Isnin.

Dalam notis penutupan yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan memaklumkan bahawa penjaja dan peniaga pasar yang terlibat dikehendaki mengosongkan gerai daripada barangan jualan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan barang lain.

“Pihak DBKL tidak akan bertanggungjawab sekiranya barang-barang tuan dan puan rosak akibat kerja-kerja itu. Kerjasama tuan dan puan amat diharapkan,” katanya dalam arahan notis penutupan itu.

Menurut notis itu, 16 pasar berbangunan di enam Parlimen terlibat dalam kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi bermula hari ini iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 12 tengah malam, kecuali di Pasar Borong Kuala Lumpur yang dijalankan semalam bermula pukul 8.00 pagi hingga 3.00 pagi ini.

Antara kawasan parlimen yang terlibat adalah Parlimen Batu, Titiwangsa, Segambut, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Kepong.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )