DBKL sita barang penjaja bunjut warga asing

DBKL sita barang penjaja bunjut warga asing

KUALA LUMPUR,. DBKL, Terus Gempur Dalam memastikan ibu kota Kuala Lumpur bersih
daripada peniaga haram yang terdiri daripada warga asing, operasi penguatkuasaan terus dilaksanakan.

Malah, penguatkuasaan bukan hanya melibatkan peniaga tanpa lesen tetapi turut meliputi seluruh perniagaan yang dilakukan secara haram di
bandar raya.

Terkini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meningkatkan penguatkuasaan terhadap penjaja bunjut yang menjalankan perniagaan dengan membentangkan kain alas di kaki lima.

Dalam tempoh dua hari penguatkuasaan itu, barangan 13 penjaja bunjut warga asing disita serta merta.

DBKL dalam satu kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, operasi pertama dilakukan pada Ahad (12 Julai) yang mana lapan penjaja bunjut diarah tutup dan barangannya disita.

“Penguatkuasaan tersebut dilakukan di Jalan Sultan (Pasar Karat), Jalan Silang dan Jalan Tun Tan Cheng Lock.

“Dalam operasi kedua yang dilakukan Isnin (13 Julai) pula, lima penjaja bunjut disita,” katanya.

Menurut DBKL, tindakan penguatkuasaan itu dilakukan di sekitar Jalan Yew, Jalan Pasar dan Jalan Pasar Baharu bermula pukul 10 pagi.

Katanya, kesemua barangan yang disita dibawa ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras.

“Barangan milik penjaja bunjut warga asing disita manakala warganegara pula diarah tutup serta merta,” ujarnya.

Mengulas lanjut, DBKL memberitahu, tindakan dilakukan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (WPKL) 2016.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penjajaan warga asing boleh salurkan maklumat ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )