DBKL lanjut tutup premis, perkhidmatan hingga 12 Mei

DBKL lanjut tutup premis, perkhidmatan hingga 12 Mei

KUALA LUMPUR,. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melanjutkan penutupan premis dan perkhidmatannya hingga 12 Mei ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, perkara itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 sehingga 12 Mei ini.

“Berikutan itu, DBKL turut melanjutkan penutupan premis dan perkhidmatan semua pejabat-pejabat DBKL; Dataran Merdeka; perkhidmatan kaunter bayaran perumahan, perlesenan dan pusat sehenti (OSC) dan Perkhidmatan Suntikan Tifoid dan Meningitis,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Khairul Azmir berkata, premis yang turut dilanjutkan penutupannya ialah Taman-Taman Awam, Dewan Serbaguna dan Dewan Komuniti; Kompleks Sukan; Perpustakaan Kuala Lumpur, Cawangan dan Perpustakaan Bergerak; kerja-kerja di tapak binaan dan tandas-tandas awam di bawah seliaan DBKL.

Beliau memaklumkan, dalam tempoh penutupan tersebut, orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan perumahan ke Bilik Gerakan DBKL (Perkhidmatan) di talian, 03-9226 3112, 03-9226 1312 dan 03-9226 1222.

Katanya, bagi aduan kecemasan pula, boleh hubungi talian, 03-4024 4424,03-4026 7222 atau atau layari portal, http://ispaaadbkl.dbkl.gov.mmy atau emel ke [email protected] – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )