Datuk Seri antara 32 dikompaun berhibur di pusat hiburan

Datuk Seri antara 32 dikompaun berhibur di pusat hiburan

BUKIT MERTAJAM,. Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk Seri” antara 32 individu yang dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berhibur di sebuah pusat hiburan di Pusat Perniagaan Gemilang di sini, tengah malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata dalam serbuan pada 12.05 tengah malam itu, kesemua warga tempatan termasuk 10 wanita yang berusia antara 20 dan 60 tahun itu melakukan kesalahan mengikut Peraturan 19 (1) Akta Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit 2021, yang boleh dikenakan kompaun sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

Menurut Shafee “Datuk Seri” berusia 60 tahun itu ditahan bersama-sama 17 individu ketika sedang berhibur dalam majlis sambutan hari lahir rakan wanitanya di dalam bilik sewa khas di pusat hiburan tersebut.

“Pusat hiburan itu menempatkan beberapa bilik karaoke untuk pengunjung berhibur dan semasa serbuan, ada pelanggan yang sedang berhibur dan menganjurkan sambutan hari lahir di situ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis turut menahan seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita Vietnam di pusat hiburan itu kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan melanggar SOP.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)