Data pusat satukan semua bantuan akan ditubuhkan – Menteri

Data pusat satukan semua bantuan akan ditubuhkan – Menteri

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu platform baharu sebagai data pusat untuk menyatukan kesemua bantuan yang diberikan kepada penerima. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini kerana terdapat pelbagai bantuan yang diberikan oleh kementerian yang berbeza menyebabkan berlaku pertindihan.

Menurut beliau, platform tersebut dijangka dibangunkan pada hujung bulan depan untuk dijadikan sebagai rujukan sebelum menyampaikan bantuan.

“Kita bercadang untuk tubuhkan platform yang mana untuk satukan semua bantuan yang diterima oleh seseorang penerima. Sekarang ini, yang terlibat dalam memberi bantuan melibatkan banyak kementerian dan tiada data pusat.

“Jadi, hujung Oktober ini data berpusat akan selesai dibangunkan dan akan jadi rujukan tunggal untuk kita sampaikan bantuan. Sebelum ini mungkin ada pertindihan bantuan, atau mungkin ada tertinggal. Jadi selepas ini kita harap dapat murnikan kaedah lagi bantuan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat pada Isnin. Mengulas lanjut, Mustapa berkata, kira-kira RM25 bilion telah dibelanjakan setiap tahun dalam menyalurkan pelbagai bantuan termasuk kebajikan, biasiswa, subsidi dan sebagainya kepada golongan yang memerlukan.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )