Covid-19:15 kes baharu di kawasan PKPD Kuala Lumpur -Noor Hisham Abdullah

Covid-19:15 kes baharu di kawasan PKPD Kuala Lumpur -Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA,. Terdapat 15 pertambahan kes positif Covid-19 di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di sekitar Kuala Lumpur semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu kes dikesan di Menara City One Plaza menjadikan keseluruhan kes di situ sebanyak 52 manakala terdapat lima kes baharu di Malayan Mansion. Ini menjadikan jumlah kes di situ sebanyak 12 kes.

“Di Pusat Bandar Utara serta sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur terdapat pertambahan sembilan kes menjadikan 55 kes keseluruhan,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham memaklumkan, setakat pukul 12 tengah hari ini juga seramai 21,466 telah disaring di semua kawasan PKPD.

Dari jumlah itu, 638 kes didapati positif wabak berkenaan bersamaan 2.97 peratus dari keseluruhan kes Covid-19z

“61 peratus membabitkan 388 kes adalah dari warga asing manakala baki 250 adalah penduduk tempatan,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menegaskan pihaknya menggunakan kaedah pendekatan tertumpu bagi
mempergiatkan aktiviti pengesanan, penyaringan, ujian, isolasi serta rawatan terutama kepada kumpulan sasar yang berisiko tinggi.

Usaha berkenaan dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan.

“PKPD adalah antara pendekatan yang dijalankan selain aktiviti pengesanan di madrasah atau sekolah tahfiz dan stesen kuarantin.

“Setakat ini hasil daripada aktiviti pendekatan tertumpu yang dijalankan, KKM telah berjaya mengesan lebih banyak kes positif,” katanya. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )