COVID-19,  Zahidi positif dimasukan ke Hospital Sungai Buloh semalam

COVID-19, Zahidi positif dimasukan ke Hospital Sungai Buloh semalam

PUTRAJAYA,. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin disahkan positif COVID-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal pagi semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh pejabat timbalan menteri itu dalam satu kenyataan yang menyatakan Zahidi menjalani ujian saringan COVID-19 sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada Isnin lepas (11 Jan).

Zahidi telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Zahidi kini berada dalam keadaan yang stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terlibat,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan pejabatnya, Zahidi telah menjalani ujian saringan COVID-19 pada 25 Dis lepas yang keputusannya adalah negatif.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)