
COVID-19: Senarai berita palsu tular setakat 8.30 malam, 10 April – KKMM
KUALA LUMPUR,. Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.
1. Pengurusan Koperasi Tentera menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan “Koperasi Ekspres Tentera” yang mempromosi serta menawarkan pinjaman peribadi kepada anggota tentera.
2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan dakwaan bahawa terdapat campur tangan politik dalam urusan pengagihan Bakul Makanan melibatkan kawasan Parlimen Kulai baru-baru ini dan menjelaskan bahawa JKM sedang menyelaras agihan kepada penduduk di setiap kawasan parlimen.
— BERNAMA
CATEGORIES Berita Semasa