COVID-19: Sedikit menurun, 7,748 kes baharu dilaporkan di Malaysia semalam – Dr Noor Hisham

COVID-19: Sedikit menurun, 7,748 kes baharu dilaporkan di Malaysia semalam – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR,. Jumlah kes baharu harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu menunjukkan penurunan apabila 7,748 kes dilaporkan berbanding 8,209 kes semalam, dengan Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 2,612 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam perkongsian di laman sosial Twitter berkata jumlah kumulatif kes positif setakat hari ini ialah 603,122 kes.

Menurutnya Kuala Lumpur mencatatkan 851 kes, diikuti Negeri Sembilan (709), Sarawak (706), Johor (446), Pulau Pinang (376), Perak (371), Sabah (287), Kelantan (286), Kedah (263) dan Melaka (234).

Sementara itu, Labuan mencatatkan 230 kes, Terengganu (203), Pahang (146), Putrajaya (20) dan Perlis (lapan).

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )