COVID-19: Sebanyak 22,642 kes dicatat semalam- Dr Noor Hisham

COVID-19: Sebanyak 22,642 kes dicatat semalam- Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR,. Angka kes harian COVID-19 dalam negara tidak berganjak dari paras 20,000 apabila sebanyak 22,642 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Facebook dan Twitter, Dr Noor Hisham berkata pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di Malaysia kini 1,616,244.

Selangor masih mencatat jumlah kes paling tinggi dengan 6,325 kes, diikuti Sabah (3,224), Kedah (2,279), Johor (1,832), Sarawak (1,667), Pulau Pinang (1,427), Kelantan (1,424), Perak (1,390) dan Kuala Lumpur (1,128).

Negeri lain yang mencatat kes di bawah angka 1,000 adalah Terengganu dengan 744 kes, Pahang (522), Melaka 342, Negeri Sembilan (269), Perlis (44), Putrajaya (21) dan Labuan (empat).

Malaysia kembali mencatat kes baharu di paras 20,000 dengan 20,837 kes, semalam.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )