COVID-19: RM13O Juta Diagih Sama Rata Kepada Semua Negeri

COVID-19: RM13O Juta Diagih Sama Rata Kepada Semua Negeri

PUTRAJAYA,. Sebanyak RM130 juta akan diagihkan kepada semua negeri secara sama rata dalam usaha melancarkan langkah menangani wabak Covid-19 di seluruh negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dana itu akan diserahkan kepada semua kerajaan negeri tanpa mengira daripada parti politik mana.

“Peruntukan itu boleh digunakan untuk memberi bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat Covid-19, bantuan kepada pesakit Covid-19 dan ahli keluarga mereka serta menyediakan keparluan kepada petugas-petugas di peringkat negeri yang terlibat dalam menangani krisis ini.

“Peruntukan sama rata akan diberi kepada setiap negeri, tanpa mengira parti mana yang membentuk kerajaan negeri berkenaan.

“Krisis yang sedang kita hadapi ini memberi kesan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan politik,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Langkah tersebut merupakan antara keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan turut bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada enam bulan.

Katanya, penangguhan itu berkuat kuasa hari ini sehingga 30 September 2020 dan melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )