COVID-19: Penafian berita palsu tular 8 malam, 15 Okt – KKMM

COVID-19: Penafian berita palsu tular 8 malam, 15 Okt – KKMM

KUALA LUMPUR,. Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) malam ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan tentang berita yang tular di media sosial bahawa terdapat kes positif COVID-19 yang tersenarai di kawasan-kawsan tertentu di beberapa negeri bagi tempoh 16 Sept hingga 11 Okt.

KKM menasihati orang ramai supaya berhati-hati agar tidak berkongsi berita palsu bagi mengelak daripada disiasat dan didakwa.

Maklumat terkini mengenai COVID-19 boleh didapati di http://www.moh.gov.my, https://twitter.com/KKMPutrajaya dan https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)