COVID-19: Malaysia catat kes harian tertinggi 15,573 kes

COVID-19: Malaysia catat kes harian tertinggi 15,573 kes

KUALA LUMPUR,. Malaysia kali pertama mencatatkan kes harian COVID-19 melebihi 15,000 hari ini, iaitu 15,573 kes, peningkatan lebih 2,000 kes berbanding 13,034 kes yang dilaporkan semalam.

Angka ini menjadi rekod terbaharu kes tertinggi COVID-19 yang dicatatkan sejak negara dilanda pandemik itu awal tahun lepas.

Sebelum ini kes tertinggi adalah sebanyak 13,215 kes pada 15 Julai lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di akaun Twitternya berkata Selangor kekal negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 7,672 kes manakala Kuala Lumpur turut merekodkan kes empat angka dengan 2,063 kes.

“Sebanyak 937 kes pula direkodkan di Kedah, diikuti Johor (722), Negeri Sembilan (682), Pulau Pinang (530), Sabah (516) dan Sarawak (461),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, negeri lain yang mencatatkan kes baharu tiga angka pada hari ini ialah Pahang dengan 457 kes, Melaka (452), Perak (415), Kelantan (372) dan Terengganu (229), manakala Labuan hanya 21 kes, Putrajaya (41) dan Perlis (tiga).

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )