COVID-19: Kes baharu turun sedikit kepada 20,546 semalam – Dr Noor Hisham

COVID-19: Kes baharu turun sedikit kepada 20,546 semalam – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR,. Kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia semalam menurun sedikit kepada 20,546 kes berbanding 20,670 kes yang direkodkan pada hari sebelumya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitter, memaklumkan perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara kini 1,404,899.

Menurutnya, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi dengan 7,307 kes diikuti Sabah (1,665), Kedah (1,596), Johor (1,508), Kuala Lumpur (1,442), Pulau Pinang (1,111), Perak (1,069) dan Kelantan (1,025).

Sarawak pula mencatat 963 kes, Pahang (926), Negeri Sembilan (698), Melaka (631), Terengganu (534), Putrajaya (47), Perlis (21) dan Labuan (tiga).

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )