
COVID-19: Kes baharu semlam berkurangan lebih 800 kes – Dr,Noor Hisham
KUALA LUMPUR,. Sebanyak 19,740 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, berkurangan lebih 800 kes berbanding kes baharu yang dicatatkan pada Ahad iaitu 20,546 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di akaun Twitter berkata angka yang dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di seluruh negara mencecah 1.42 juta.
“Sembilan negeri mencatatkan kes COVID-19 empat angka dengan jumlah kes tertinggi dilaporkan di Selangor iaitu 5,706 kes diikuti Sabah dengan 1,728 kes; Kedah (1,592); Sarawak (1,566); dan Johor (1,510),” katanya.
Beliau berkata empat lagi negeri yang mencatatkan kes baharu COVID-19 empat angka hari ini adalah Kuala Lumpur dengan 1,360 kes; Pulau Pinang (1,251); Kelantan (1,227); dan Melaka (1,120).
Dr Noor Hisham berkata empat negeri mencatatkan kes baharu COVID-19 tiga angka iaitu Perak dengan 938 kes; Terengganu (688); Pahang (646); dan Negeri Sembilan (343) manakala Putrajaya dan Perlis mencatatkan kes dua angka dengan masing-masing 43 dan 20 kes.
Labuan menjadi satu-satunya negeri yang mencatatkan kes satu angka dengan dua kes dilaporkan pada hari ini, katanya.
— Bernama