COVID-19: Kes baharu menurun sedikit semalam kepada 21,072

COVID-19: Kes baharu menurun sedikit semalam kepada 21,072

KUALA LUMPUR,. Kes baharu COVID-19 dalam negara menurun sedikit semalam kepada 21,072 kes berbanding 22,802 semalam, selepas tujuh hari berturut-turut mencatatkan peningkatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi hantaran di Twitter berkata kumulatif kes kini bertambah kepada 3,040,235.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 99.59 peratus atau 20,986 kes berada dalam kategori satu dan dua, manakala 0.41 peratus atau 86 kes adalah bagi kategori tiga, empat dan lima.

Beliau berkata kadar kebolehjangkitan COVID-19 (Rt) pula mencatatkan 1.49 semalam dengan Labuan mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 2.14, diikuti Sarawak (1.67), Sabah (1.66), Perlis (1.47) dan Pulau Pinang (1.46).

– BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )