COVID-19: Kes baharu kekal lebih 2,000
KUALA LUMPUR,. Kes baharu COVID-19 negara kekal di atas paras 2,000 apabila 2,331 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 372,859 kes.
Jumlah kes harian itu turun sedikit berbanding 2,551 kes semalam.
Menurut twitter Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah
Abdullah, Selangor menjadi negeri dengan kes baharu tertinggi hari ini dengan 751 kes, diikuti Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (252).
Sejumlah 225 kes direkod di Kelantan, Sabah (163), Pulau Pinang (116), Johor (100), Negeri Sembilan (89), Kedah (45), Perak (42) dan Pahang (20).
Melaka pula mencatat sembilan kes, Putrajaya (empat), Labuan (dua) dan Perlis (satu) manakala tiada kes baharu di Terengganu dalam tempoh 24 jam lepas.
— BERNAMA
CATEGORIES Berita Semasa