COVID-19: Kes baharu 2,154, kematian enam

COVID-19: Kes baharu 2,154, kematian enam

KUALA LUMPUR,. Sejumlah 2,154 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, meningkat sedikit berbanding 2,063 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan bilangan yang meninggal dunia akibat virus itu di negara ini 1,159 orang.

“Kes sembuh yang dicatat hari ini 3,275 orang, lebih tinggi daripada kes baharu yang dilaporkan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata dengan perkembangan terbaharu itu, jumlah kumulatif COVID-19 di Malaysia kini meningkat kepada 310,097 kes, manakala jumlah kumulatif sembuh ialah 286,904 kes manakala bilangan kes aktif COVID-19 ialah 22,034 kes.

Sejumlah 184 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 87 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)