COVID-19: Jumlah kematian global meningkat kepada hampir 663,000

COVID-19: Jumlah kematian global meningkat kepada hampir 663,000

LONDON,. jumlah angka korban dunia akibat pandemik COVID-19 meningkat kepada 662,297 dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Pada masa sama, angka terkini Johns Hopkins University menunjukkan, jangkitan COVID-19 seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan kepada 16.83 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas selepas merekodkan 58,540 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan positif virus itu melebihi 4.4 juta kes.

Ini diikuti Brazil yang merekodkan 88,539 kematian dengan jumlah keseluruhan positif jangkitan mencecah 2.5 juta kes.

Sementara itu, India pula mengesahkan sebanyak 34,193 kematian akibat wabak itu dengan jumlah kumulatif positif melebihi 1.5 juta kes.

Selain itu, sebanyak 827,509 kes poositif COVID-19 direkodkan di Russia dengan jumlah kematian sebanyak 13,650 kes.

Negara-negara lain pula merekodkan angka korban kurang daripada 50,000 kes termasuk di United Kingdom, Mexico, Peru dan Chile.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )