COVID-19: 6,045 kes baharu, kes kumulatif cecah 778,652

COVID-19: 6,045 kes baharu, kes kumulatif cecah 778,652

KUALA LUMPUR,. Malaysia mencatatkan 6,045 kes baharu COVID-19 hari ini berbanding 6,658 kes semalam, dengan jumlah kes kumulatif mencecah 778,652 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan Selangor mencatat kes harian tertinggi dengan 2,262 kes diikuti Kuala Lumpur (616); Negeri Sembilan (531); Johor (500); Perak (384); Sarawak (365) dan Kedah (332).

Melaka pula mencatatkan 290 kes diikuti Sabah (228); Pulau Pinang (173); Kelantan (124); Pahang (95); Labuan (75); Terengganu (54); Putrajaya (16) manakala tiada kes baharu di Perlis.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )