COVID-19: 16,117 kes baharu dilaporkan semalam

COVID-19: 16,117 kes baharu dilaporkan semalam

KUALA LUMPUR,. Sejumlah 16,117 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman rasmi Facebook memaklumkan berikutan itu jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini meningkat kepada 1,044,071.

Selangor mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 6,616 kes diikuti Kuala Lumpur (2,457), Kedah (1,000), Johor (907) dan Sabah (741).

Melaka pula merekodkan 674 kes, Negeri Sembilan (669), Pulau Pinang (618), Kelantan (592), Perak (583), Sarawak (405), Pahang (403), Terengganu (317), Putrajaya (122), Labuan (11) manakala Perlis dua kes.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )