COVID-19: 15,669 kes baharu, Selangor tertinggi

COVID-19: 15,669 kes baharu, Selangor tertinggi

KUALA LUMPUR,. Kes baharu COVID-19 dalam negara terus menurun untuk empat hari berturut-turut dengan sebanyak 15,669 kes dilaporkan setakat 12 tengah semalam.

Menerusi hantaran di Twitter dan Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini melepasi angka dua juta iaitu 2,011,440.

Selangor kembali menjadi negeri tertinggi merekodkan kes dengan 2,632 kes semalam, disusuli oleh Sarawak (1,983) dan Johor (1,974).

Sabah pula mencatatkan kes harian keempat tertinggi dengan 1,784, diikuti Pulau Pinang (1,651), Kelantan (1,406) dan Kedah (1,207).

Negeri-negeri lain merekodkan kes harian baharu di bawah empat angka iaitu Perak (856), Pahang (763), Terengganu (483), Kuala Lumpur (411), Melaka (329), Negeri Sembilan (143), Perlis (30), Putrajaya (14) dan Labuan (tiga).

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )