COVID: 13,944 kes baharu semalam – KKM

COVID: 13,944 kes baharu semalam – KKM

KUALA LUMPUR,. Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 melebihi paras 10,000 untuk tiga hari berturut-turut apabila 13,944 kes dilaporkan setakat 12 tengah semalam berbanding 11,034 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jumlah itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 kini 2,939,198 kes. Kali terakhir Malaysia mencatatkan kes melepasi 13,000 adalah pada 26 Sept lepas (13,104).

Menerusi laman sosial Twitter rasminya Dr Noor Hisham berkata 99.48 peratus atau 13,871 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori Satu dan Dua manakala 73 kes lagi atau 0.52 peratus berada dalam Kategori Tiga, Empat dan Lima.

Beliau berkata Kategori Satu mencatat sebanyak 3,942 kes atau 28.27 peratus; Kategori Dua (9,929 kes atau 71.21 peratus); Kategori Tiga (54 kes atau 0.39 peratus); Kategori Empat (11 kes atau 0.08 peratus) dan Kategori Lima (lapan kes atau 0.05 peratus).

Terdahulu, menerusi laman sosial Twitter rasminya Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan (Rt) negara mencatatkan 1.32 berbanding 1.27 semalam dengan Sabah dan Perlis merekodkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.54 diikuti Sarawak 1.48 dan Terengganu 1.36.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )