COMBI: Memerangi Gejala Denggi ”Komuniti Bersih, Hidup Sehat”

COMBI: Memerangi Gejala Denggi ”Komuniti Bersih, Hidup Sehat”

KUALA LUMPUR,. “Communication for Behavioural Impact” atau “Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku”.

Diperkenalkan di Malaysia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2001 sebagai salah satu strategi untuk menangani masalah Denggi di Malaysia.

Merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi untuk mempengaruhi individu, keluarga dan komuniti ke arah perubahan tingkah laku yang sihat.

Tuan Haji Ismail Saari Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Rejang dan Juga Pengerusi Gabungan PA/PPR WPKL.

Pengerusi Persatuan penduduk Desa Rejang, Tuan HJ Ismail Saari, Mengatakan Komuniti saharusnya berusaha bersama – sama dalam memerangi wabak Denggi ianya satu wabak yang boleh membawa maut kepada pesakit dan ianya juga sukar dikawal jika kita tidak bersama memeranginya.

Matlamat:

– Menggerakkan pelbagai sektor komuniti untuk menangani sesuatu isu dalam komuniti.

– Mewujudkan tanggungjawab bersama dalam komuniti.

– Mempengaruhi serta mengukuhkan keputusan/ tingkah laku/ norma sosial dalam komuniti.

Objektif:

– Menggerakkan pelbagai sektor komuniti untuk menangani isu denggi dan penyakit berjangkit lain dalam komuniti.

– Mewujudkan tanggungjawab bersama dalam komuniti.

– Mempengaruhi serta mengukuhkan keputusan/ tingkahlaku/ norma sosial dalam komuniti.

Beliau yang juga pengerusi gabungngan PA/PPR WPKL, Menyeru kepada semua komuniti tingkatkan kepekaan kita kepada kawasan pembiakan mahupun kawasan sekitar ataupun didalam rumah kediaman kita sendiri tambahnya lagi.

Penglibatan masyarakat setempat amatlah diperlukan bagi kita menjadi masyarakat bebas dari gejala wabak pergerakan secara aktif dalam pemerkasaan komuniti amatlah digalakan tambahnya lagi.

Turut sama menjayakan Program pada pagi ini,Persatuan Penduduk Desa Rejang,Dewan Bandara Kuala Lumpur,(DBKL) Kemeterian Kesihatan Titiwangsa (KKM),

–RAHMAN

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )